Price | RM62.00 |
Product SKU | 9789672989509 |
Brand | Penerbit UPM |
Reward Points | 62 |
Points Needed | 12400 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Kesedaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia - Kulit Lembut
Penulis: Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Yazid Saleh
ISBN: 9789672989509
Penerbit: UPM
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Muka Surat:105
Berat: 400 g
Buku ini khususnya ditujukan kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan bahan berkaitan dengan kesedaran alam sekitar dan pendidikan alam sekitar yang menjadi antara inti pati kepada pembangunan lestari yang diwar-warkan pada masa sekarang. Buku ini datangnya daripada kesedaran untuk menambah bahan-bahan yang lebih berunsur kepada alam sekitar, pendidikan dan seterusnya kesedaran tentangnya. Masyarakat Malaysia yang telah lama merdeka dan secara denamik telah berubah untuk menjadi masyarakat madani yang mengambil berat tentang alam sekitarnya. Masyarakat yang sedar tentang kepentingan alam sekitar secara langsung adalah masyarakat yang sejahtera hidupnya.
Kesemua artikal datangnya daripada penyelidikan dan kajian tindakan yang telah mereka lakukan. Kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar perlu dipupuk di peringkat anak-anak masih kecil lagi. Mereka perlu diberikan pengetahuan yang secukupnya tentang alam sekitar. Ini disebabkan bumi yang mereka diami ini hanya ada satu sahaja dan tiada penggantinya. Alam sekitar ini perlu diuruskan dengan baik untuk kepentingan generasi pada masa hadapan. Justeru, pengetahun untuk memelihara dan memulihara alam sekitar perlu mereka ketahui di samping amalan dan tingkah laku yang positif perlu diterapkan agar alam sekitar ini tidak terus musnah atas tangan mereka sendiri.