Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789672158998 |
Brand | ABIM |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Zaman Kesedaran: Memikir Kembali Wacana Islamis Dan Krisis Timur Tengah - Kulit lembut
Pengarang: Muhanna Alhubail
Penterjemah: Marwan Bukhari A. Hamid
ISBN: 9789672158998
Penerbit: ABIM
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Muka surat: 226
Berat: 395 g
Buku ini meninjau dan merenung kembali isu-isu dalam pemikiran Islam kontemporari seperti idea peradaban Islam, wacana baharu politik Islam dan gerakan islamis, pemikiran ekstremisme dan solusinya, hubungan antara Islam dan Barat, dan krisis politik Asia Barat. Buku ini berusaha untuk melontarkan kritikan membina dan memberi panduan demi kesedaran intelektualisme baharu bagi generasi pemuda Arab secara khususnya dan juga generasi muda Muslim secara umumnya. Keistimewaan buku ini adalah kerana ia ditulis oleh seorang intelektual prolifik dan aktivis berani kelahiran Arab Saudi yang telah bertahun-tahun hidup dalam buangan akibat pandangan politiknya yang tidak selari dengan pemerintah. Oleh itu, ulasan dan pendapat yang dikemukakan beliau dalam buku ini bukan sahaja hasil pembacaan pelbagai karangan daripada pelbagai latar belakang, malah juga digabungkan dengan pengalaman luasnya dalam gerakan intelektualisme dan aktivisme terutama di dunia Arab.