Price | RM45.00 |
Product SKU | 9789672422303 |
Brand | Akademi Jawi Malaysia |
Reward Points | 45 |
Points Needed | 9000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Kebun Segala Raja-Raja - Kulit lembut
Pengenalan & Perumian: Mohd Affendi Mohd Shafri, Hermansyah Muhammad Yahya
ISBN: 9789672422303
Tahun: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 277
Berat: 495g
Naskhah Bustan al-Salatin telah dikarang oleh Shaykh Nur al-Din al-Raniri, seorang ‘ulama handalan di kerajaan Aceh Dar al-Salam. Tidak ramai yang mengetahui naskhah ini mengandungi ‘ilmu perubatan yang diletakkan di bab ketujuh. Jelas sekali al-Raniri memandang ‘ilmu perubatan sebagai penting dalam kehidupan dan pengurusan kenegaraan.
Menariknya, kewujudan naskhah ini di Aceh sendiri pernah menjadi nadir. KEBUN SEGALA RAJA-RAJA ini adalah sebuah kajian terhadap dua naskhah Bustan al-Salatin dari Aceh iaitu yang tersimpan di Yayasan Muzium dan Pendidikan Ali Hasjmy dan Dayah Tanoh Abee di Aceh yang julung-julung kali dikaji dan dibandingkan.
Naskhah ini merupakan dokumentasi bertulis dalam bahasa Melayu yang paling awal dan memiliki keunikan tersendiri seperti memasukkan ‘ilmu anatomi dan perubatan herba. Kandungannya yang saintifik sekaligus menolak secara total dan berfakta akan dakwaan Orientalis seperti Snouck Hurgronje bahawa perubatan orang Melayu adalah perubatan mistik dan tahyul.