Price | RM29.00 |
Product SKU | 9799833282523 |
Brand | UUM Press |
Reward Points | 29 |
Points Needed | 5800 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja Sosial - Kulit lembut
Penyelenggara: Azlin Hilma Hillaluddin et. al.
ISBN: 9799833282523
Penerbit: UUM Press
Bahasa: Melayu
Tahun: 2005
Bil. Muka surat: 158
Berat: 295 g
Buku dihasilkan untuk pelajar, pekerja sosial dan mereka yang terlibat dalam profesion “perbantuan” sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi bahan bacaan kerja sosial, khasnya berkaitan polisi, perundangan dan amalannya. Buku ini meliputi pelbagai cabang kerja sosial dan perbincangan yang merangkumi isu, penilaian dan intervensi dalam kerja sosial. Polisi dan perundangan merupakan bidang yang penting untuk kerja sosial.
Melalui buku ini, para pembaca akan dapat melihat aspek polisi dan perundangan daripada pelbagai sudut sosial seperti hak seorang isteri, proses penyaluran perkhidmatan sosial, isu yang berkaitan dengan dasar warga tua serta gangguan seksual di tempat kerja. Manakala dalam dasar warga tua serta gangguan seksual di tempat kerja.
Manakala dalam amalan kerja sosial dan pengurusan kes pula, pelbagai isu disentuh berkaitan proses amalan seperti panduan menemu bual kanak-kanak, pengendalian kes menerusi talian telefon krisis, kemahiran komunikasi, jagaan pelihara, penilaian kesihatan mental, peranan pekerja sosial perubatan dalam kelahiran tanpa nikah serta amalan kerja sosial dengan warga tua.