Happy Chinese New Year 2020 | Kindly note that our courier is suspending its delivery services from 21st to 28th Jan 2020 due to festive holiday.
Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
Kindly register an account with us before place an order by
RM29.00
Dari Sultan Hingga Atatürk: Turki
Price RM29.00
Product SKU 9789671441855
Brand IBDE
Reward Points 29
Points Needed 5800
Availability 3
Quantity
Description

Dari Sultan Hingga Atatürk: Turki – Kulit Lembut
Pengarang: Andrew Mango
Penerbit: Awal Nahdah Resources
ISBN: 9789671441855
Tahun: 2016
Bil Muka surat: 226
Berat: 278g


Dari Sultan Hingga Atatürk: Turki adalah terjemahan daripada From the Sultan to Atatürk: Turkey karya Andrew Mango yang diterbitkan pada tahun 2010. Buku Dari Sultan Hingga Atatürk: Turki menceritakan tentang pembentukan sebuah negara Turki moden yang penuh berliku menerusi rundingan-rundingan dalam beberapa Perjanjian Damai di Paris.


Dr. Andrew Mango bukan hanya menganalisa perjalanan dan keputusan-keputusan yang dibuat dalam perundingan tersebut, malahan dia juga membentangkan secara terperinci latar tokoh-tokoh yang terlibat, helah dan muslihat politik mereka, keadaan dan peristiwa yang membawa kepada perundingan, ikhtiar diplomatik dan menerangkan tentang kepentingan politik dan ekonomi negara-negara seperti Great Britain, Perancis, Greece dan juga Amerika Syarikat serta Itali.


Perang Dunia Pertama telah meranapkan segala kepastian yang selama ini mendamaikan jiwa kaum penguasa di seluruh Eropah. Sepertimana kaum bangsawan yang terselamat daripada Revolusi Perancis dahulu, apa yang tinggal kini buat kaum penguasa Eropah hanyalah kenangan tentang douceur de vivre (cara hidup yang nyaman dan bebas daripada kebimbangan) pada zaman aturan lama. Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Perbatasan Timur dan Barat telah menunjukkan bahawa ilusi yang tersebar luas ini hanyalah dusta belaka.


Kepercayaan pada gerak maju peradaban sudah terkubur di medan perang bangsa Eropah, di mana bangsa manusia paling maju di dunia ini berperang sesama sendiri dengan segala macam senjata dan kaedah ciptaan mereka yang paling kejam. Sedangkan bangsa-bangsa paling tidak beradab di dunia ini sekalipun tidak pernah berkelakuan sedemikian rupa. Namun ilusi-ilusi lain terus bertahan.


Antaranya, tidak semua empayar dirundung malang. Tatkala empayar usang seperti Habsburg. Romanov dan Uthmaniyah runtuh, empayar Britain dan Perancis yang progresif, dan mempunyai dasar pemerintahan yang demokratik, pula muncul setelah mendapat kekuatan daripada kekalahan musuh-musuh mereka.


Bagaimanapun, tahun-tahun akhir Empayar Uthmaniyah dan tahun-tahun awal negara Turki moden tetap menjadi tumpuan utama penceritaan. Mango menceritakan tentang semua dasar yang dibuat oleh Mustafa Kemal—tokoh utama dalam buku ini yang merupakan seorang negarawean dan pemimpin tentera yang bijak, pandai bermain helah politik, berhati-hati dan penyabar—sekutu-sekutunya dan beberapa pemimpin sebelumnya, dan meneliti faktor-faktor yang mendorong mereka mengambil semua keputusan tersebut.


Kesimpulan terpenting yang dapat diambil daripada buku ini ialah kelahiran negara Turki moden yang merdeka di atas keruntuhan Empayar Uthmaniyah bukanlah suatu kebetulan tetapi hasil daripada rancangan teliti bapa pengasasnya sendiri, Mustafa Kemal Ataturk.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More