Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789834614973 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Nyanyian Si Anak Dagang- Kulit Lembut
Penulis: Rasiah Halil
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2013
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 218
Berat: 360g
Nyanyian Si Anak Dagang merupakan himpunan 178 puisi pilihan Rasiah Halil yang dihasilkan sejak tahun 1992 hingga tahun 2011. Kandungan buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian kecil, iaitu "Mencari Pulau", "Di Tanjung & Di Selat", dan "Di Pelabuhan Hayat". Puisi-puisi yang terdapat dalam buku ini berkisar tentang ruang lingkup kehidupan sejagat terutamanya kekeluargaan, perjuangan, masalah sosial, keindahan alam, kemiskinan, masalah remaja, perjuangan terhadap bahasa, penindasan dan isu-isu semangat warisan cinta akan agama dan budaya Melayu. Penulis berjaya menggarapkan puisi-puisinya dengan baik dan menarik melalui ungkapan yang mempunyai kelangsungan makna dengan adunan gaya bahasa yang segar dan sesuai, inversi, hiperbola, metafora serta beberapa gaya bahasa perbandingan.