Price | RM100.00 |
Product SKU | 978-967-0627-53-3 |
Brand | Akademi Jawi Malaysia |
Reward Points | 100 |
Points Needed | 20000 |
Availability | Out Of Stock |
Majalah Qalam dalam isu yang ke 87 ini sarat dengan pelbagai isu yang menarik. Antaranya, konsep dan matlamat perayaan Mawlid Nabi dalam perkembangan akhlak anak-anak dan hidup bermasyarakat dibincangkan. Dalam mengetengahkan isu bantuan ekonomi kepada orang-orang Melayu, kerugian RIDA sebanyak 5,000,000 telah menjadi tumpuan – dan dikatakan puncanya adalah ketidakmahiran orang-orang Melayu dalam perniagaan dan kepentingan pendidikan dan latihan dalam iktisad orang Melayu. Permasyhuran kemerdekaan dan surat sumpah Yang DiPertuan Agong turut dimuatkan dalam isu ini. Dalam isu ini, yang menjadi tarikan adalah ucapan Dr Burhanuddin al-Helmy sebagai Yang di-Pertua Agung Pas bertajuk Matlamat Perjuangan Pas: Negara Islam setelah kira-kira 5 tahun penubuhan PAS. Selain itu, apa yang menarik adalah perbahasan mengenai usaha dalam memperkembangkan Bahasa Melayu. Melalui perbincangan dan perbahasan terhadap isu-isu yang dinyatakan menerusi edisi ke-87 ini, majalah Qalam juga memberi kesedaran terhadap khalayak pembaca tentang kepentingan mengisi kemerdekaan dengan sewajarnya; baik dari aspek ekonomi, agama, dan kebudayaan.