Price | RM12.00 |
Product SKU | 9789834601904 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 12 |
Points Needed | 2400 |
Availability | Out Of Stock |
Hikayat Iskandar Zulkarnain - kulit lembut
Penyusun: Khalid Muhammad Hussain
ISBN: 9789834601904
Tahun: 2018
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahasa: Malay
Muka surat: 397
Berat: 492g
Iskandar Zulkarnain merupakan tokoh yang sering mendapat tempat dalam penulisan dan penceritaan dalam karya-karya klasik Nusantara terutamanya yang berkait dengan kisah kepahlawanan. Walaupun terdapat perdebatan dalam kalangan sarjana tentang salasilah Iskandar Zulkarnain yang sebenar, namun tokoh ini tetap dikenali dan digelar sebagai penakluk yang agung. Hal ini terbukti misalnya dalam karya klasik Melayu seperti Sejarah Melayu yang menyatakan bahawa raja-raja Melayu dikatakan berasal dariapda keturunan Iskandar Zulkarnain. Selain itu, disebutkan juga bahawa Iskandar Zulkarnain merupakan pahlawan Islam yang mengembangkan agama Nabi Allah Ibrahim.
Sebagaimana yang dihasratkan oleh penyusun, Hikayat Iskandar Zulkarnain dipersembahkan dalam bentuk yang lengkap tanpa perubahan dan penambahan pada kandungan teks asal. Hal ini akan memudahkan pengkaji membuat penelitian secara menyeluruh terutama berkaitan aspek latar belakang budaya Melayu dan hubungannya dengan kebudayaan lain.