Price | RM15.00 |
Product SKU | 9789836224026 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Size (L x W x H) | 21.4 cm x 13.8 cm x 2.2 cm |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | Pre-Order |
Ayat Pasif Bahasa Melayu - Kulit lembut (stok lama)
Pengarang: Abdul hamid Mahmood
ISBN: 9789836224026
Tahun: 2003
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahasa: Malay
Bil Muka surat: 407
Berat: 493g
Ayat Pasif Bahasa Melayu ini merupakan hasil kajian yang teliti lagi komprehensif terhadap ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Melayu, iaitu Ayat Pasif dengan Kata Ganti Diri Pertama (KGD1). Ayat Pasif dengan Kata Ganti Diri Kedua (KGD2). Ayat Pasif dengan Kata Ganti Diri Ketiga (KGD3). Ayat Pasif dengan imbuhan apitan ke-...-an, dan Ayat PAsif kena; boleh dijadikan panduan dan rujukan para penuntut, guru dan peminat bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka dalam ayat pasif bahasa Melayu.
Buku ini menumpukan kajian kepada berbagai-bagai pola, jenis dan struktur ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Melayu lama dan moden seperti yang digunakan dalam Sejarah Melayu, dan Dewan Masyarakat. Setiap pola, jenis, struktur dan komponen ayat pasif dihuraikan dengan terperinci, dan disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai bagi menjelaskannya. Buku ini juga memuatkan senarai perbandingan pola, jenis dan struktur ayat pasif antara yang terdapat dalam bahasa Melayu lama dengan yang digunakan dalam bahasa Melayu moden. Pada bahagian lampiran diberikan contoh-contoh tambahan bagi setiap pola, jenis dan struktur ayat pasif bahasa Melayu dengan tujuan memberi peluang kepada penuntut, guru, pengkaji dan peminat bahasa dalam bidang ayat pasif bahasa Melayu untuk membuat penelitian dengan lebih mendalam.