Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM45.00
Sejarah Ringkas Falsafah Cina
Price RM45.00
Product SKU 9836289941
Brand Taman Pustaka
Reward Points 45
Points Needed 9000
Availability Out Of Stock
Description
Sejarah Ringkas Falsafah Cina - Kulit lembut 
 
Pengarang: Fung Yu Lan
Penterjemah: Lim Kim Hui
Tahun: 2006
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 428 
Berat: 736g
 
 
Sejarah Ringkas Falsafah Cina merupakan sebuah babad pemikiran masyarakat Cina yang bermula dari zaman raja-pendeta pada alaf ketiga hingga kepada peristiwa penggulingan sistem pemerintahan monarki tertua di dunia itu pada tahun 1911. Buku ini membicarakan aliran Konfusianisme dan Taoisme yang paling terkenal selain menyampaikan maklumat kepada pembaca tentang aliran Mohisme, Yin-Yang, Legalisme, Neo-Taoisme, Neo-Konfusianisme dan pengenalan kepada falsafah Barat. Buku ini disesuaikan daripada karya agama Fung Yu Lan yang berjudul History of Chinese Philosophy membekalkan pengkaji falsafah dan pelajar pengajian Asia di semua peringkat dengan sebuah jendela khusus bagi melihat ideologi dan falsafah Cina dahulukala dan semasa.
 
"Sebuah sumbangan yang sangat diperlukan dan sangat berharga.... Dr. Fung berkemungkinan merupakan orang yang paling berkelayakan di dunia bagi menulis sebuah persembahan falsafah Cina yang lengkap ini kepada para pembaca Barat.... Beliau sesungguhnya memberikan sumbangan yang besar kepada dunia Barat dengan menulis sejarah ini, satu-satunya karya yang kita punyai".- Library Journal.
 
Fung Yu Lan, seorang ahli falsafah Cina, merupakan bapa Neo-Konfusianisme; sebuah teori yang menggabungkan idea-idea Konfusianisme tradisional dengan Marxisme. Beliau belajar bersama-sama dengan John Dewy di Universiti Columbia dan merupakan seorang profesor di Universiti Quinghua dan Universiti Peking. Beliau meninggal dunia pada bulan November 1990 ketika berusia 94 tahun.
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More