Price | RM38.00 |
Product SKU | 9789679313550 |
Brand | Perpustakaan Negara Malaysia |
Points Needed | 7600 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Petua Menuntut Ilmu: Tibyan al-Maram, menyatakan maksud Kitab Talibah al-Talabah dengan bahasa Jawi (MSS2906B) - Kulit lembut
Pengarang: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Mohd Anuar Mamat (Kajian dan suntingan)
Penerbit: Perpustakaan Negara Malaysia
ISBN: 978-976-931-355-0
Tahun: 2020
Mukasurat: 120
Berat:
Sinopsis
Buku ini membincangkan petua dalam menuntut ilmu yang merangkumi adab, tatacara, etika dan teknik yang perlu diketahui dan diamalkan oleh setiap orang supaya memperoleh manfaat dan keberkatan yang diharapkan daripadanya. Ia merupakan hasil kajian dan suntingan sebuah manuskrip Melayu (MSS2906B) yang berjudul Tibyan al-Maram Talibah al-Talabah iaitu Menyatakan Maksud Kitab Talibah dengan bahasa Jawi yang tersimpan dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Walaupun bersumberkan teks Arab sebagai terasnya, karya ini telah melalui proses akulturasi dan pengadaptasian yang bersesuaian dengan budaya dan persekitaran masyarakat tempatan di Aceh khasnya dan Alam Melayu amnya. Isu-isu sejagat yang terkandung dalamnya mengeani prinsip, adab dan etika pendidikan menjadikannya bukan sahaja signifikan dalam konteks sosial penghasilannya, bahkan juga masih amat relevan dalam konteks dunia hari ini.
Teks yang dipersembahkan dalam gaya bahasa yang dipermudahkan untuk generasi masyarakat hari ini adalah sesuai untuk dibaca dan dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berminat sebagai salah satu warisan keilmuan masyarakat Melayu silam.