Price | RM45.00 |
Product SKU | 9789679426366 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 45 |
Points Needed | 9000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Kristian Di Sabah 1881-1994 - Kulit lembut
Penulis: Mat Zin Mat Kib
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2003
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 652
Berat: 397g
Kristian hanya bertapak di Sabah selepas kedatangan orang Barat pada abad ke-19. Pada masa itu penduduk peribumi Sabah berbudaya pagan dan mengamalkan sistem kepercayaan animisme. Misi Kristian berkesan dan berjaya menambat hati penduduk peribumi untuk keluar daripada budaya pagan dan memilih agama Kristian. Pada awal abad ke-19, pentadbiran agama Kristian di Sabah berpusat di Sarawak, sebelum dipindahkan ke Labuan. Kegiatan mubaligh agama Kristian bermula dengan mazhab Anglikan apabila Rev. Father Francis Thomas McDouglas dilantik sebagai Bishop bagi Labuan dan Sarawak pada 22 Oktober 1855. Kemudiannya barulah pelbagai mazhab Kristian menyusul. Kristian memulakan pertapakan di Kudat, Sandakan, Tawau dan juga Papar sebagai pusat pentadbiran yang terawal, kerana kawasan-kawasan itu merupakan pusat pentadbiran awal Kristian dan terletak di pesisir. Inilah sebabnya kawasan bandar yang menjadi tumpuan pentadbiran Kristian dan didominasi oleh gereja mazhab Anglikan dan Basel. Walau bagaimanapun, gereja mazhab lain juga turut masuk ke pedalaman. Atas sebab inilah perkembangan gereja-gereja mazhab utama agama Kristian tersebar ke seluruh pelosok negeri Sabah. Perkembangan gereja mazhab utama ini dimantapkan oleh struktur organisasi dan pentadbiran gereja yang lebih sistematik. Pertumbuhan dan perkembangan gereja mazhab utama ini berpaksi kepada hubungan dan sokongan daripada kerajaan yang memerintah negeri Sabah, badan-badan luar negara dan juga badan sokongan gereja serta peranan media massa yang ditunjangi penganut Kristian.