Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM30.00
Islam di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama
Price RM30.00
Product SKU 9789672517177
Brand Penerbit UKM
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 2
Quantity
Description

Islam di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama - Kulit Lembut


Penyunting; Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain
ISBN: 9789672517177
Penerbit:  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu

Bil. Muka Surat: 215
Berat: 341 g

 

Islam di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama membincangkan secara menyeluruh daripada sejarah awal perkembangan dakwah Islam di Negeri Sembilan sehinggalah perkembangan Islam semasa. la mengandungi kupasan yang menarik mengenai peranan dan sumbangan para ulama awal di Negeri Sembilan seperti Syeikh Muhammad Said al-Linggi dan anak-anak beliau yang menyambung legasi dalam memantapkan ajaran Islam dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan dan juga di Malaysia secara umumnya. Buku ini memberi pendedahan mengenai perkembangan Islam di Negeri Sembilan, terutamanya peranan yang dimainkan oleh para ulama dan jasa serta sumbangan mereka bukan sahaja sebagai da’i yang menyebarkan dakwah Islamiyyah secara tekal, sebagai guru yang mengembangkan kegiatan intelektual Islam dalam kalangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan, malah sebagai pakar dalam aspek pentadbiran Islam di Negeri Sembilan sama ada dari segi pentadbiran masjid, zakat dan juga institusi-institusi lain yang berkaitan dengan perkembangan hal ehwal Islam di Negeri Sembilan. Pelbagai aspek ini membentuk korpus ilmu yang sangat penting dalam wacana Islam di Negeri Sembilan.

 

Sejarah awal perkembangan Islam di Negeri Sembilan berkait rapat dengan sejarah perkembangan Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka. Kedatangan masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan juga menjadikan penduduknya dianggap unik kerana mereka mengamalkan adat Perpatih, berbeza dengan penduduk di negeri lain yang mengamalkan adat Temenggung. Walaupun begitu, perkembangan Islam tetap berlaku dengan pesat di negeri tersebut, sama dengan negeri Melayu yang lain. Keistimewaan buku ini kerana kandungannya membincangkan secara menyeluruh daripada sejarah awal perkembangan dakwah Islam di Negeri Sembilan sehinggalah perkembangan Islam semasa. Bab dalam buku ini mengandungi perbincangan mengenai peranan dan sumbangan para ulama awal di Negeri Sembilan seperti Syeikh Muhammad Said al-Linggi dan anak-anak beliau yang menyambung legasi beliau dalam memantapkan ajaran Islam dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan dan juga di Malaysia secara umumnya. Di samping itu, terdapat juga perbincangan mengenai sejarah perkembangan dan peranan tarekat yang digunakan oleh para ulama untuk memupuk ajaran Islam dalam masyarakat.

 

Buku ini juga mengandungi perbincangan mengenai perkembangan tamadun Islam di Negeri Sembilan seperti pembentukan institusi pentadbiran Islam untuk memastikan kelancaran pentadbiran Islam secara tersusun dan sistematik. Semua itu boleh diikuti dalam bab yang membincangkan mengenai Jabatan Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Di samping itu, beberapa bab dalam buku ini juga mengupas beberapa isu yang menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap amalan Adat Perpatih dengan memberi gambaran sebenar yang menunjukkan bahawa amalan tersebut tidak menyimpang daripada hukum Islam. Buku ini juga membincangkan mengenai pencapaian umat Islam di Negeri Sembilan dengan penglibatan cemerlang mereka dalam ilmu falak sehingga membawa kepada penubuhan balai cerap di Teluk Kemang. Terdapat juga bab yang membincangkan tentang kepentingan pengurusan masjid yang cekap dan teratur mampu melahirkan generasi Islam yang hebat dengan penubuhan institusi Lembaga Masjid.

 

Sementara itu, perbincangan mengenai kepentingan kebajikan sosial umat Islam diurus dengan bijaksana juga dikupas dengan baik dalam bab yang membincangkan tentang institusi wakaf di Negeri Sembilan. Perjuangan rakyat menentang penjajahan British juga tidak dilupakan. Justeru, buku ini sangat istimewa kerana mengandungi sejarah pencapaian umat Islam di Negeri Sembilan secara menyeluruh. Kandungannya mendedahkan sejarah dan Tamadun Islam di Negeri Sembilan dari zaman awal sehinggalah kini.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More