Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM25.00
Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara
Price RM25.00
Product SKU 9789831954201
Brand Karisma Publications
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability Out Of Stock
Description

Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara - Kulit lembut

 

Penulis: Saifullah Mohd Sawi, Samsu Adabi Mamat
ISBN: 9789831954201
Penerbit: Karisma Publication 
Tahun: 2009
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 187
Berat: 402 g

 

Kawasan Asia Tenggara telah didatangi oleh orang Islam sejak awal abad pertama Hijrah. Sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqas, telah diarah oleh baginda untuk mengunjungi Negeri China, dan kemudian telah mendirikan masjid pertama di Canton. Saudagar-saudagar Arab, khususnya yang datang dari Yaman dan Hadramaut telah belayar menyusuri Teluk Parsi, Teluk Anambar, pantai Barat India (Gujerat), India Selatan (Sri Langka), India Timur (Malabar dan Koromandel), dan sampai di Sumatera dan Melaka. Di pihak lain, saudagar-saudagar Cina, dari Campa menyusuri pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, sampai di Terengganu, Kedah dan bertemu di Melaka. Di sinilah Islam mula bertapak dan mendirikan komuniti Muslim campuran, dan kemudian membangun kerajaan-kerajaan Islam Nusantara.

 

Keseluruhan perjalanan sejarah umat Islam di Asia Tenggara telah menyebabkan asimilasi budaya luar dengan budaya tempatan, sehingga membuahkan budaya baru yang dinamik dan unik. Secara kuantitatif, umat Islam di Asia Tenggara  merupakan umat Islam terbesar di dunia, bahkan lebih besar dari tanah asalnya di Asia Barat.

 

Buku ini dimulakan dengan pengenalan secara umum tentang Islam di Asia Tenggara, kemudian secara lebih terperinci menghuraikan sejarah dan tamadun Islam di sepuluh negara Asia Tenggara; Indonesia, Malaysia, Negeri Thai, Filipina, Brunei Darussalam, singapura, Myanmar (Burma), Laos, Kampuchea dan Vietnam.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More