Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
Kindly register an account with us before place an order by
RM25.00
Hikayat Salim Adil
Price RM25.00
Product SKU 9789670627892
Brand Akademi Jawi Malaysia
Size (L x W x H) 0.38 in x 5.5 in x 8.5 in
Reward Points 25
Availability 5
Quantity
Description

Siri Novel Persuratan
Hikayat Salim Adil
oleh Mohd Affandi Hassan

Bil. ms: xii + 155 muka surat
Harga: RM25.00 (tidak termasuk pos)
ISBN: 978-967-0627-89-2

Dalam perkembangan sastera Melayu moden, terlalu banyak mitos direka-reka untuk menjadikan golongan tertentu sebagai pencetus sastera Melayu moden. Pada mulanya mitos itu diterima, maka muncullah gelaran ‘sasterawan negara’.

Kini mitos itu dimusnahkan oleh pembina mitos itu sendiri apabila ternyata mereka adalah pencetus penyelewengan sejarah intelektual dalam kebudayaan Melayu. Kini gelaran sasterawan negara menjadi ejekan setelah karya para sasterawan negara itu sebenarnya tidak bermutu, tetapi dijadikan ‘bermutu’ oleh Panel Anugerah Sastera Negara yang telah mereka-reka alasan palsu untuk membolehkan para sasterawan negara itu dilantik.

Setiap orang di antara mereka diberi ukuran yang sesuai dengan karya mereka; oleh itu tidak ada ukuran yang standard. Inilah pembohongan kritikan sastera yang dicipta oleh Panel Anugerah Sastera Negara supaya setiap orang yang dilantik itu mempunyai ukuran peribadi mereka sendiri yang dianugerahkan oleh Panel Anugerah Sastera Negara kepada mereka. Kaedah kritikan seperti ini diterima baik oleh para sarjana (ciritan) dan para sasterawan (picisan).

Hikayat Salim Adil membawa beberapa isu dan persoalan penting khususnya dalam perkembangan sastera Melayu moden yang berterusan sejak ASAS 50 menguasai sastera Melayu melalui kegiatan kewartawanan tempat mereka bekerja.

Karya ini adalah sebuah autobiografi intelektual yang keluruhnya berasaskan wacana pemikiran, bukannya berasaskan peristiwa yang berbentuk cerita seperti autobiografi biasa. Karya ini digarap dengan konsep dan teknik “stylization of ideas” yang diperkenalkan oleh Gagasan Persuratan Baru.

Walau bagaimanapun, peristiwa terpilih yang sesuai masih tetap dimasukkan untuk membantu pembaca memahami perkembangan peribadi seorang penulis yang serius.

Adapun yang penting di sini bukan peristiwa, tetapi isu dan persoalan penting yang menjadi tunjang kepada perkembangan intelektual dalam persuratan Melayu, sama ada yang berbentuk kreatif mahupun yang berbentuk kritikan sastera. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More