Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789674127817 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Rawatan Gangguan Makhluk Halus dan Sihir Menurut Perspektif Al-Sunnah - Kulit lembut
Pengarang: Muhammad Masruri
Tahun: 2019
Bahasa: Malaysia
Bil Muka surat: 172
Berat: 330g
Makhluk halus merupakan makhluk yang hidup di alam ghaib di luar alam nyata seperti malaikat, iblis, jin, syaitan, jadi-jadian dan siluman. Jin dan syaitan adalah makhluk Allah SWT yang mempunyai akal, bersifat seperti udara, bersifat telus dan boleh wujud kepada pelbagai bentuk serta suka mengganggu manusia. Sihir merupakan ilmu yang amat merbahaya dan tidak dibolehkan oleh syarak kerana mengandungi unsur syirik. Ia diamalkan melalui ikatan, jampi mantera atau azimat secara lisan mahupun tulisan dengan tujuan menyakiti dan memudaratkan fizikal, mempengaruhi emosi, jiwa, fikiran, atau akal seseorang bahkan sehingga peringkat membunuh. Penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus dan sihir merupakan penyakit yang menjadi masalah besar dalam kalangan masyarakat dewasa ini. Ianya tidak boleh dikesan dengan kaedah perubatan moden. Rasulullah SAW telah memberi tunjuk ajar kepada umatnya suatu kaedah untuk merawatnya. Buku ini mengandungi pengenalan makhluk jin dan syaitan, sihir dan jenis-jenisnya serta kaedah rawatan bersumberkan daripada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW serta ijtihad ulama salaf al-salih. Kaedah ini meliputi tahap sebelum rawatan dengan membuang segala benda yang mengandungi unsur syirik, tahap ketika proses rawatan iaitu proses bacaan doa dan ayat ruqyah kepada pesakit dan proses selepas rawatan sebagai proses penjagaan dan perlindungan.