Price | RM35.25 |
Product SKU | 9789672831211 |
Brand | Penerbit UMP |
Reward Points | 36 |
Points Needed | 7050 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Aditif Makanan: Hukum Penggunaan menurut Islam dan Isu-Isu Halal Semasa - Kulit lembut
Pengarang: Tuan Sidek Tuan Muda, Farhan Mohd Said
ISBN: 9789672831211
Tahun: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 83
Berat: 165g
Malaysia merupakan antara negara yang terkedepan dalam pelaksanaan pensijilan makanan dan barangan halal. Seiring dengan itu juga, perbincangan isu-isu halal dalam masyarakat turut meningkat. Walau bagaimanapun, terdapat juga isu-isu yang kelihatan masih kurang jelas dalam kalangan pengguna dan kadang-kadang terdapat isu yang dipolemikkan. Antaranya ialah isu berkaitan penggunaan pelbagai aditif makanan seperti pewarna, pengawet, pengemulsi dan termasuklah aditif yang bermula dengan kod E.
Justeru, kami berusaha untuk menulis satu buku yang ringkas tentang aditif makanan dan isu-isu halal semasa yang berkaitan. Mudah-mudahan buku ini dapat membantu memberi kefahaman yang lebih baik kepada pembaca khususnya tentang aditif makanan dan hukum penggunaan menurut Islam. Semoga penulisan ini menjadi salah satu bahan bacaan buat pembaca yang ingin menambah pengetahuan am dalam ilmu sains pemakanan dari sudut pandang hukum Islam.