Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789672158974 |
Brand | ABIM |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Fiqh Doa - Kulit lembut
Pengarang: Shaykh 'Abd al-Razzaq bin Abd al-Muhsin al-Badr
Penterjemah: Mushfique Ayub & Nabilah Othman
ISBN: 9789672158974
Penerbit: ABIM
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Muka surat: 56
Berat: 135 g
Doa merupakan satu ibadah yang istimewa kerana ia menghubungkan di antara seorang hamba dengan Penciptanya. Jika kita mentadabbur kandungan al-Qur'an, maka kita akan mendapati banyak doa yang diajarkan oleh Allah 'azza wa jalla kepada kita. Begitu juga apabila kita merenung dalam hadith baginda sallahu 'alayhi wa sallam.
Hal ini menggambarkan kepada kita tentang kedudukan doa dalam agama Islam. Setiap insan diciptakan oleh Allah 'azza wa jalla dalam keadaan lemah. Oleh sebab itu, kita berhajat kepada Allah 'azza wa jalla pada setiap masa dan doa merupakan salah satu cara untuk kita memohon pertolongan, keampunan serta kasih sayang-Nya.
Walau bagaimanapun, setiap ibadah itu mempunyai fiqh atau tatacaranya yang tersendiri. Apabila sesuatu ibadah dilaksanakan dengan cara yang betul, maka sudah pasti Allah 'azza wa jalla akan menerimanya. Buku kecil ini cuba memberi kefahaman kepada kita tentang hakikat, tatacara serta garis panduan yang sebenar dalam berdoa.
Karya ini merupakan terjemahan daripada salah satu hasil penulisan Shaykh 'Abd al-Razzaq bin 'Abd al-Muhsin al-Badar - hafizahullah - dan ia amat sesuai untuk dibaca kerana kandungannya amat mudah difahami serta diamalkan. Mudah-mudahan karya terjemahan ini mampu memberi sedikit kefahaman kepada sidang pembaca dalam bab berdoa serta mengamalkannya dalam melayari samudera kehidupan yang berliku dengan fitnah, ujian dan dugaan. Tiada tempat kembali bagi seorang hamba melainkan kepada sang Penciptanya yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.