Price | RM30.00 |
Product SKU | 9789834618636 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 6000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan - Kulit Lembut
Penulis: Azmi Arifin
ISBN: 9789834618636
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2015
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka Surat: 353
Berat: 255 g
Buku Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan ini membincangkan satu konsep dan amalan politik dalam sejarah yang telah mempengaruhi bukan sahaja perkembangan Eropah bahkan seluruh dunia. Feudalisme dipercayai telah wujud dan diamalkan oleh masyarakat di Eropah, Asia mahupun Asia Tenggara, termasuklah Tanah Melayu. Meskipun sejarah perkembangan amalan feudalisme itu sendiri telah lama dikaji dan dibincangkan secara meluas, namun masih wujud kekeliruan dan kesalah fahaman yang begitu ketara dalam kalangan sarjana. Ahli sejarah sering mengaitkan feudalisme dengan gejala-gejala yang negatif seperti peperangan, perebutan kuasa, perpecahan dan keruntuhan sesebuah kerajaan. Feudalisme sering dikaitkan dan disamakan dengan gejala-gejala yang buruk dan jahat. Namun sejarah telah membuktikan perkembangan feudalisme di Eropah Barat menjadi unsur yang membawa kepada nilai-nilai positif dan kemajuan. Amalan feudalisme bukan sahaja telah menyelamatkan Eropah Barat daripada kehancuran sepenuhnya akibat penglibatan dalam peperangan yang berpanjangan, bahkan menyediakan jalan kepada penyatuan dan pemerintahan berpusat serta pembentukan negara bangsa Eropah moden.
Antara yang disentuh dalam buku ini termasuklah pengertian konsep dan amalan feudalisme, organisasi dan hierarki dalam masyarakat feudal Eropah Barat dan akhirnya kemerosotan dan kehancuran feudalisme serta kesan-kesannya terhadap amalan politik di Eropah Barat. Perbincangan setiap bab akan menjelaskan sifat-sifat dan pengertian amalan feudalisme yang sebenarnya dan bagaimana amalan tersebut telah berfungsi sebagai alat yang dapat menampung kelemahan sistem politik awal dan menyediakan jalan ke arah pembentukan negara bangsa Eropah moden.
Buku ini dibincangkan secara ringkas dan mudah serta amat sesuai dibaca oleh para penyelidik, ahli sejarah, ahli politik, para pentadbir, guru, pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah dan seluruh masyarakat yang ingin memahami tentang konsep feudalisme secara lebih mendalam dan perkembangannya di Eropah Barat.