Price | RM50.00 |
Product SKU | 9789833070534 |
Brand | Pusat Dialog Peradaban UM |
Reward Points | 50 |
Points Needed | 10000 |
Availability | Out Of Stock |
Cabaran Mantik Kepada Muslim - kulit lembut
Pengarang: Shaharir Mohamad Zain
Tahun: 2019
Bil. Ms: 152
Bahasa: Melayu
Berat: 260g
Mantik, atau nyaya/hetuwidya sebelum abad ke-14 M, dan lojik mulai abad ke-20 (logik/logika mulai 1974) ialah satu daripada mercu ilmu dalam bahasa Malayu/Melayu ("tamadun Melayu") atau yang diistilah dalam buku ini sebagai Tamadun Malayonesia. Buku ini buku pertama yang memerihalkan mantik Malayonesia yang terdiri daripada silogisma-pantunan, mantik budi, mantik moga-moga yang diislamkan menjadi mantik insya Allah. Setiap satu mantik ini ditunjukkan masih belum berstruktur matematiknya sehingga menjadi cabaran kepada sarjana Muslim. Buku ini juga dipercayai yang pertama adanya perihal secara kritisnya beberapa jenis mantik Barat sehingga memberi cabaran kepada orang Islam supaya menilai keserasiannya dengan nilai Malayonesia-Islam; sekali gus menunjukkan bahawa mantik hitam-putih yang tiada kompromi, mantik hitam-putih-kelabu (mantik Brouwer) yang berkompromi dan lebih sesuai serta adil untuk banyak situasi termasuklah dalam pembicaraan di mahkamah sivil dan syariah, dan mantik pascanilai yang bukan sahaja muncul dalam sains komputer tetapi berpotensi sesuai diterapkan dalam pembuat keputusan berasaskan lima kategori hukum Islam. Mantik Barat yang tidak kurang mencabar sarjana Muslim ialah mantik ketidakpastian berasaskan kebarangkalian klasik, kebarangkalian quantum, kemungkinan Zadeh, dan mantik gegerak hatiwan atau wijdanis/intuisis Heyting. Buku ini juga mengandungi tiga jenis mantik asli Tamadun Islam (mantik burhan, mantik jihah dan mantik al-Katibi) yang dibicarakan secara perbandingan dengan mantik Barat yang hampir dengannya, iaitu mantik dua-nilai deduksi, mantik ragam, mantik tempohan dan mantik deontik. Ini berakhir dengan cabaran kepada sarjana Muslim untuk menjelaskan lagi pengabaian Barat terhadap mantik burhan dan mengkontemporerkan mantik jihah dan mantik al-Katibi sehingga dapat menyaingi mantik Barat itu.