Price | RM12.00 |
Product SKU | 9789833707218 |
Brand | Pustaka Dini |
Size (L x W x H) | 30 cm x 25 cm x 2 cm |
Reward Points | 12 |
Points Needed | 2400 |
Availability | 18 |
Quantity |
|
Tuntutan Puasa, Tarawih & Shalat Aidilfitri - Kulit Lembut
Pengarang: Prof. Dr. Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
ISBN: 9789833707218
Tahun: 2009
Hamka lahir pada 17 Februari 1908, di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah, Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.
Puasa adalah kendali atas syahwat perut dan syahwat faraj yang datang dari dalam diri kita sendiri, autonomus. Satu bulan lamanya nafsu makan dan nafsu seks dikendali. Latihan satu bulan bukanlah perkara kecil, ia akan sangat berbekas bagi jiwa.
Diri ini mesti dikendalikan! Kalau tidak, dia akan berlarut-larut dalam keadaannya. Asal kantong berisi, asal perut berisi, diri ini kadang-kadang tidak peduli lagi dari mana akan datang sumbernya.
Perut yang panjangnya hanya sejengkal dan lebarnya, hanya dua jengkal. Tetapi dari perut sejengkal panjang dan lebar dua jengkal itulah pangkal kemelut dunia.