Price | RM30.00 |
Product SKU | 9789671476499 |
Brand | Jejak Tarbiah |
Size (L x W x H) | 35 cm x 30 cm x 2 cm |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 6000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Di Tepi Sungai Dajlah - Kulit Lembut
Penulis: Hamka
ISBN: 9789671476499
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 209
Berat: 247 g
Dan sekarang terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah saya akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 Malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun.
Disanalah dahulu kalanya berdiri kerajaan Babylonia. Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali di Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah India. Iaitu 3 abad sebelum Al-Masih dilahirkan.