Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM18.00
Rahsia-rahsia Puasa
Price RM18.00
Product SKU 9789671897652
Brand Biblio Press
Availability 8
Quantity
Description

Rahsia-rahsia Puasa - kulit lembut

 

Pengarang: Imam Al-Ghazali 
Penterjemah: Muhammad Yusra Hulaimi
ISBN: 9789671897652
Penerbit: Biblio Press
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 56
Berat: 83 g

 

Puasa merupakan shariat yang telah ada sejak sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan salah satu shariat yang diteruskan dalam Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyungguh agama-agama terdahulu dalam hal kebenaran (musaddiqan lima ma'akum)

(Surah al-Baqarah 2: 41)

 

Namun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu, malah turut memperkayakannya. Jika shariat para Nabi terdahulu - terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq a.s. - lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa a.s. pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengimbang antara kedua-duanya.

 

Intisari aspek luaran dan dalaman yang terkandung dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali (wafat 1111 Masihi) melalui kitabnya, Kitab Asrar al-Sawm.

 

Kitab ini membahaskan aspek-aspek dalaman amalan berpuasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah (muqarabatillah). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek tasawwuf bagi amalan berpuasa.

 

Puasa merupakan ibadah yang mengandungi 1001 hikmah dan keistimewaan tersendiri. Ia berfungsi sebagai sebuah madrasah bagi seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, semoga pembaca memperoleh inti pati faedah berpuasa dan menyungguhkan hakikatnya sebagai proses penyucian diri.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More