Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM45.00
Fardu Ain dan Fardu Kifayah Dalam Kurikulum Pendidikan Islam
Price RM45.00
Product SKU 9789672485049
Brand Rihla Media
Reward Points 45
Points Needed 9000
Availability 16
Quantity
Description

Fardu Ain dan Fardu Kifayah Dalam Kurikulum Pendidikan Islam - Kulit lembut


Pengarang: Mukhlas Nugraha
Pengantar: Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah
Penyunting: Rizky Febrian
Penerbit: Rihla Media
Tahun: 2021 (Cetakan Pertama)
ISBN: 9789672485049
Bil. m.s.: xxxiii + 169
Berat:  400g

 

Kajian ini merupakan suatu usaha untuk memahami kerangka pengkelasan dan pembahagian ilmu Islam yang diterima zaman berzaman dalam tradisi ilmu Islam. Pengkelasan dan pembahagian ilmu tersebut berdasarkan tuntutan pengajaran dan pembelajaran ilmu Fardu Ayn dan Fardu Kifayah. Huraian konsep pengkelasan dan pembahagian ilmu ini disoroti berdasarkan pandangan para ilmuwan Islam muktabar seperti Imam Muḥammad bin Idrīs al-Shāfi’ī, Imam Abū Ḥāmid al-Ghazālī, Burhān al-Dīn al-Zarnūjī, Abā Zakariyyā Yahyā al-Nawawī, bahkan termasuk tokoh semasa Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ia seterusnya dijadikan landasan dan dasar dalam menganalisis kurikulum Pendidikan Islam di dua pusat pengajian tinggi terpilih di Jambi, Indonesia iaitu Universitas Jambi dan IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi. Ini demi menilai sejauh manakah faham dan pelaksanaannya bertepatan dengan pengkelasan dan pembahagian ilmu Fardu Ayn dan Fardu Kifayah. Ia juga demi mengenal pasti ruang-ruang yang boleh dirubah dan dikemaskinikan. 

 

Kajian lapangan sebegini adalah penting dan patut dilakukan di universiti umat Islam yang lain khususnya yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Universiti Islam’ kerana sekiranya universiti sebegini tidak mampu memahami faham ini dan mengamal-laksanakannya secara yang benar tepat, maka apa yang boleh diharapkan lagi daripada universiti berkenaan? Apakah yang didakwa sebagai ‘Islam’ itu pada universiti itu menepati tradisi ilmu Islam yang sempurna atau ia hanya sekadar slogan-slogan demi meraih tumpuan dan sokongan ummah semata-mata?  


Profesor Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah
Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS)
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More