Price | RM17.00 |
Product SKU | 9789670002064 |
Brand | ABIM |
Size (L x W x H) | 25 cm x 20 cm x 2 cm |
Reward Points | 17 |
Points Needed | 3400 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Fiqh Zakat Fitrah - Kulit Lembut
Penulis/Penyunting: Shaykh Dr. 'Ali ‘Alī al-Qarahdāghī
ISBN: 9789670002064
Penerbit: ABIM Press
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 32
Berat: 93 g
Karya ini mempunyai signifikannya sebagai rujukan buat jangka masa panjang dalam memperkaya khazanah keilmuan, terutamanya di dalam bidang ekonomi Islam. Gandingan ibadat zakat fitrah dengan ibadat puasa mengisyaratkan kepada kita falsafah di sebalik penciptaan dan fitrah manusia itu sendiri yang digelar oleh sebahagian ilmuwan sebagai makhluk sosial. Hal ini kerana manusia tidak akan mampu untuk hidup berseorangan tanpa adanya pasangan ataupun lingkungan manusia di sekitarnya. Meskipun ibadat puasa itu adalah merupakan ibadat yang eksklusif antara hamba dengan Tuhan, namun ia tidak lengkap sempurna tanpa ditunaikan kewajipan zakat fitrah. Para ulama semisal Waki' bin al-Jarrah menyinggung soal ini dengan berkata: "Zakat fitrah pada bulan Ramadan berfungsi untuk menampung kekurangan pada ibadat puasa, sepertimana sujud sahwi yang berperanan untuk menampung kekurangan solat." Maqasid secara serampang dua mata bagi ibadat ini disebut dengan jelas dalam riwayat Ibn' Abbas iaitu sebagai penyucian bagi orang berpuasa daripada perkataan yang buruk dan perbuatan yang keji serta memberi makan kepada golongan miskin.