Price | RM16.00 |
Product SKU | 9789834907334 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 16 |
Points Needed | 3200 |
Availability | Out Of Stock |
Sihir Perbuatan, Rawatan Dan Pencegahan - Kulit lembut
Penulis: Khadher Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2018
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 180
Berat: 235g
Buku "Sihir: Perbuatan, Rawatan Dan Pencegahan" merupakan sebuah buku yang memberikan fokus perbincangan terhadap satu penyakit rohani yang sering berlaku dalam masyarakat, iaitu sihir. Perbuatan dan amalan sihir merupakan salah satu bentuk dosa besar yang sangat dilarang dalam Islam. Perbincangan dalam buku ini menyentuh tentang hakikat sihir sebagai dosa besar, pemahaman tentang sihir dalam kalangan masyarakat di Malaysia, jenis-jenis sihir yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kesan sihir kepada anggota masyarakat, usaha untuk membentengkan diri atau mencegah diri daripada terkena sihir dan rawatan terhadapnya. Pada masa yang sama, penulis turut menjelaskan tentang keperluan undang-undang dalam jenayah sihir yang sehingga hari ini yang masih menjadi polemik tidak berkesudahan dalam merealisasikannya.
Buku ini merupakan hasil Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) yang bernombor FP025-2015A dengan tajuk penyelidikan: "Indeks Patuh Syariah Pengubatan Alternatif Islam Malaysia" bagi tahun 2015-2018. Diharap melalui buku ini dapat memberikan pemahaman yang benar dan membantu masyarakat untuk lebih memahami isu sihir dan selok-belok berkaitan isu tersebut dengan lebih baik.