Price | RM60.00 |
Product SKU | 9789834915421 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 60 |
Points Needed | 12000 |
Availability | Out Of Stock |
Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu - Kulit lembut
Editor: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Zuliskandar Ramli
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2018
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 594
Berat: 940g
Buku Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu ini dihasilkan atas kesedaran dan sarana pelbagai pihak bagi memahami dan mendalami sejarah negara yang bermula sejak sekian lama, iaitu sebelum pembukaan Melaka oleh Parameswara. Dengan menggunakan data arkeologi dan sumber bertulis asing sama ada sumber Yunani, India, China, Arab-Parsi dan Asia-Tenggara, sejarah awal Malaysia, terutamanya semasa Zaman Prasejarah dan Protosejarah ini berjaya menonjolkan kepentingan Malaysia dalam aspek perdagangan antarabangsa dan pembentukan sebuah tamadun Melayu yang hebat di mata dunia. Data arkeologi yang merujuk jumpaan artifak, ekofak dan fitur telah digunakan untuk membina semula sejarah masyarakat prasejarah di Malaysia yang dibahagikan kepada empat zaman, iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Hoabinhian, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Selain membina kronologi, pelbagai aspek sosiobudaya serta sains dan teknologi juga dilihat dalam konteks evolusi masyarakat tersebut. Sementara sumber bertulis pula digabungkan dengan data arkeologi digunakan dalam merekonstruksi semula Zaman Protosejarah di Malaysia yang banyak memperlihatkan perkembangan kerajaan awal seperti kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, Gangga Negara dan Beruas. Dengan itu, buku ini sangat sesuai digunakan sebagai rujukan oleh pelajar, pengkaji dan peminat sejarah di Malaysia.