Price | RM15.00 |
Product SKU | 9789834604073 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Description
Highlight
Perkembangan Awal Nahu Arab - Kulit lembut
Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834604073
Tahun: 2010
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 158
Berat: 328g
Buku ini mengupas pelbagai aspek perkembangan awal ilmu nahu Arab dengan menelusuri sejarah kelahirannya melalui perbincangan tentang faktor dan tokoh-tokoh yang membawa kepada pengasasan ilmu tersebut. Sumber-sumber penghujahan atau sandarannya semasa membina disiplin ilmu nahu serta setiap fasa perkembangannya dijelaskan secara ringkas dan padat. Perbincangan buku ini menjadi semakin menarik apabila diperincikan zaman kegemilangan ilmu tersebut dengan kemunculan dua aliran yang bakal mencorakkan masa depan ilmu nahu Arab. Perbahasan mengenai metode, sumber dan tokoh yang mendukung aliran-aliran tersebut telah digarap sehingga berjaya menampakkan kerancakan interaksi ilmiah dan aktiviti intelek melalui penyelidikan serta penyebaran ilmu. Semangat dan usaha gigih generasi tersebut dalam menobat dan mendaulatkan bahasa Arab wajar diteladani bagi memelihara bahasa ibunda. Oleh itu, buku ini sesuai untuk dibaca dan ditelaah oleh penuntut institusi pengajian tinggi, para pelajar, guru bahasa, pencinta bahasa Al-Qur'an dan masyarakat awam seluruhnya.
Reviews (0)
view all
back
What's in the box
You Might Like These Too:More