Price | RM15.00 |
Product SKU | 9789834901370 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | Out Of Stock |
Pengurusan Kualiti Makanan Halal - Kulit lembut
Penulis: Norazilawati Md Dalal
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834901370
Tahun: 2015
Bahasa: Malaysia
Bil Muka surat: 113
Berat: 248g
Pengurusan pembangunan berteraskan Islam merupakan mekanisme baru dalam pengurusan kualiti termasuklah kualiti makanan halal. Apabila meneliti isu integriti pengurusan kualiti makanan halal, usaha untuk memperkasakan ekonomi negara melalui industri makanan halal dilihat mempunyai halangan dnan kekangan. Buku ini mengetengahkan isu-isu yang lazimnya berlaku dalam bidang pengurusan. Ia dilihat penting apabila institusi Islam seperti institusi yang terlibat dalam pengurusan kualiti makanan halal masih berlaku kemelut yang bakal mencemarkan ajaran Islam. Penghasilan makanan yang tidak tulen kehalalannya juga bakal meninggalkan kesan negatif kepada pembentukan akhlak dan jiwa seorang Muslim. Namun, menyedari hakikat pembangunan industri makanan halal telah didominasi oleh pengusaha bukan Islam, bagaimanakah pengurusan kualiti makanan halal ini dapat dilaksanakan dengan menepati kehendak dan inti pati Islam?
Buku ini merupakan sumbangan kecil hasil penyelidikan secara teoretikal yang dilakukan ke atas pelaksanaan Standard Halal MS1500:2009. Bagi melengkapkan keperluan sistem kualiti makanan dan memenuhi fardu kifayah bagi umat Islam, satu pendekatan baru akan diketengahkan dalam perbincangan buku ini melalui konsep tasawur Islam sebagai acuan pengurusan pembangunan berteraskan Islam yang dilihat lebih holistik dan komprehensif.