Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
In light of Covid-19 outbreak, order fulfilment will take 3-5 working days to process. Thank you
RM23.80 RM28.00
Mahmud Yunus: Ulama Tafsir Nusantara
End In :
Price RM23.80 RM28.00
Product SKU 9789834616076
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 28
Points Needed 5600
Availability 1
Quantity
Description

Mahmud Yunus: Ulama Tafsir Nusantara - Kulit keras

 

Penulis: Khairuddin Mawardi & Khadher Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 150
Berat: 300g

 

Buku Mahmud Yunus: Ulama Tafsir Nusantara merupakan sebuah karya yang berusaha untuk mengetengahkan ketokohan dan sumbangan Mahmud Yunus sebagai seorang mufasir di Nusantara. Mahmud Yunus merupakan seorang profesor dalam bidang tafsir yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Karya beliau, Tafsir Quran Karim tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Karya ini dilihat sebagai terjemahan al-Quran secara umum yang dipakai secara meluas di seluruh negara walaupun sebenarnya kitab itu merupakan sebuah karya tafsir ringkas. Penelitian terhadap tafsir ini telah membuktikan kemampuan dan keilmuan beliau dalam bidang tafsir secara khususnya. Antara kemampuan beliau termasuklah dalam mentafsirkan ayat mengikut kaedah ulama tafsir yang muktabar, mengaitkan tafsiran dengan dalam masyarakat, mengambil kira aspek bahasa Arab dan mengelak daripada memasukkan unsur israiliyyat.

 

Bukan sahaja dalam bidang tafsir, beliau turut memberikan sumbangan yang luas dalam bidang pengajian Islam khususnya dalam bidang pendidikan Islam. Keterlibatan beliau dalam dunia pendidikan bukan sekadar sebagai tenaga pengajar, tetapi turut berjaya mengasaskan penubuhan madrasah al-Jami'ah Islamiyah, Sungayang. Beliau berusaha mendirikan sebuah madrasah (sekolah) yang kurikulumnya menggabungkan ilmu pengetahuan agama dan umum sehingga madrasah yang didirikan itu pertama kali memiliki makmal untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan ilmu fizik dan kimia di Sumatera Barat. Idea pembaharuan ini merupakan salah satu usaha penting beliau sebagai tokoh yang berusaha mengangkat integrasi ilmu Islam dan moden.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More