Price | RM18.00 |
Product SKU | 9789836281210 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 18 |
Points Needed | 3600 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Bahasa Melayu Sedekad Lalu - Kulit Lembut (stok lama)
Pengarang: Nik Safiah Karim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2004
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka surat: 201
Berat: 260 g
Buku ini merupakan kumpulan 44 makalah pilihan yang dihasilkan oleh tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Ia merupakan hasil penulisan beliau yang pernah disiarkan di ruangan Sari Bahasa, Majalah Pelita Bahasa. Perbincangan yang diutarakan adalah menyentuh tentang perkembangan, potensi, harapan, peranan, cabaran, kedudukan bahasa Melayu dalam era globalisasi dan juga dalam sistem pendidikan negara. Cabaran-cabaran semasa yang bakal dihadapi oleh bahasa Melayu melalui gagasan Wawasan 2020 juga turut dikupas dalam penerbitan buku ini. Perkembangan mutakhir pada abad ke-21 dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa bahasa Melayu bukan sahaja menghadapi cabaran dan saingan daripada bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan dan era globalisasi, malah cabaran juga lahir daripada sikap liberal para pemimpin dan masyarakat. Abad ke-21 membawa suasana yang agak suram kepada bahasa Melayu. Kedudukannya semakin tergugat dalam usaha pihak pemerintah meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara. Peranannya sebagai bahasa pengantar dalam sistem dalam sistem pendidikan negara tergugat. Ini membawa kepada sikap peminggiran bahasa Melayu di bumi sendiri. Pelbagai reaksi dan rasa keluh-kesah di kalangan pencinta bahasa Melayu terhadap perkara ini termuat dalam tiga buah makalah yang tersiar dalam Pelita Bahasa yang diterbitkan pada abad ke-21. Semoga harapan akan menjadi kenyataan melaui perbincangan dalam makalah terakhir berjudul "Bahasa Melayu: Bahasa Abad Ke-21" Dengan penerbitan makalah ini diharap dapat memberi gambaran dan penghayatan masyarakat tentang perkembangan dan agenda bahasa Melayu sejak dekad 90-an hingga dekad 21.