Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789834618414 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm dan al-Shahrastani - Kulit Lembut
Pengarang: Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Mohd Faizal Abdul Khir
Penerbit: DBP
ISBN: 978-983-46-1841-4
Tahun: 2016
Bil Muka surat: ix, 313
Berat: 414g
SECARA umumnya Ahli Kitab merujuk kepada mana-mana golongan yang mempercayai dan menerima wahyu dan memperakui nabi walaupun dengan kepercayaan yang menyeleweng. Konflik dan percanggahan pendapat masyarakat tentang golongan ini masih belum ada titik noktahnya. Antara yang paling banyak diperkatakan perkahwinan orang Islam dengan Ahli Kitab, aspek halal dan haram, penyembelihan dan pemakanan.
Sebahagian sarjana Islam mengambil pendekatan tegas dalam masalah ini sehingga hampir menafikan nas yang jelas dalam al-Quran. Manakala sebahagian yang lain pula cenderung kepada keluasan fiqh Islam sehingga membuka luas pintu liberalisme.
Penulis menggarap buku ini berdasarkan huraian dan dan perbincangan yang mendalam tentang Ahli Kitab oleh dua orang sarjana yang terkenal, iaitu Ibn Hazm dan Imam al-Shahrastani. Mereka telah memberikan pemaknaan dalam mencerakinkan status Ahli Kitab pada waktu ini. Penulisan buku ini memberikan taakulan terhadap konsep Ahli Kitab bersandarkan kepada pandangan kedua-dua tokoh tersebut.