Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789834904294 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 20 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Penamaan Premis Perniagaan Cina: Bahasa, Budaya dan Terjemahan - Kulit Lembut
Penulis: Goh Sang Seong
ISBN: 9789834904294
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2016
Bahasa: Melayu
Bil. Muka Surat: 115
Berat: 175 g
Masyarakat Cina amat mementingkan penamaan, baik untuk individu mahupun organisasi. Nama menggambarkan kebudayaan, pemikiran dan pendidikan individu, keluarga mahupun organisasi. Bagi masyarakat Cina, nama yang baik akan memberikan kesejahteraan dan kemajuan kepada empunya nam. Oleh itu, premis perniagaan Cina yang lazimnya dalam bahasa Cina mengandungi pelbagai mesej budaya bagi mendatangkan kesan positif. Walau bagaimanapun, mesej budaya ini sukar untuk diungkapkan kembali dalam bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, buku ini membincangkan isu budaya, bahasa dan terjemahan dalam penterjemahan nama perniagaan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Kesalahan bahasa yang kerap berlaku dalam terjemahan nama perniagaan sehingga wujudnya fenomena pencemaran bahasa turut dicerakin dalam buku ini. Bagi menenntukan kualiti terjemahan yang dihasilkan adalah baik, buku ini juga menghuraikan kaedah penterjemahan nama perniagaan Cina daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu.
Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan sesuai dibaca oleh pelajar, penyelidik, pensyarah dan penggiat dalam bidang bahasa serta terjemahan. Buku ini juga boleh dijadikan panduan eoleh para penterjemah dan pencinta bahasa di jabatan pendaftaran nama syarikat untuk memastikan terjemahan nama perniagaan Cina yang diguna pakai di negara ini adalah kemas, tepat dan sekali gus dapat mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa yang berwibawa.