Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
Brands

Budaya Ilmu dan Gagasan 1 Malaysia

Budaya Ilmu dan Gagasan 1 Malaysia
Budaya Ilmu dan Gagasan 1 Malaysia
Brand: Local
Product SKU: 9789671070406
Reward Points: 20
Availability: 1
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare
Budaya Ilmu dan Gagasan 1 Malaysia - Kulit lembut 
 
Pengarang: Wan Mohd Nor Wan Daud
Penerbit: Akademi Kenegaraan BTN
ISBN:  9789671070406
Tahun: 2010
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 64
Berat: 193g
 
"Malaysia yang bersatu dan maju diteguhkan dengan prinsip keadilan sosial yang harus sentiasa dizahirkan dalam pelbagai institusi dan cabang-cabangnya. Dalam pandangan alam masa kini yang berpengaruh, makna dasar keadilan ditafsirkan sebagai kesamarataan sedangkan dalam pandangan alam Islam dan semua agama lain, makna induk dalam keadilan ialah penempatan sesuatu  pada kedudukannya yang sebenar mengikut pandangan alam dan tata nilai masing-masing.
               Dalam kebanyakan negara termasuk Malaysia, semua tafsiran dan tindakan yang berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang dianggap adil. Jika terdapat mana-mana sudut dan segi Perlembagaan dan undang-undang yang perlu dikemaskinikan, itu dilakukan dengan hati-hati agar kepentingan rakyat terbanyak dan golongan terpenting sentiasa terkawal. Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi adalah tiang perpaduan dan kemajuan bangsa yang telah terbukti kewibawaannya membangun tamadun unggul di pelbagai pelusuk dunia termasuk di alam Melayu yang majmuk ini. Kehadiran pelbagai agama besar lain di negara ini harus dijadikan sumber kekuatan jika beberapa persamaan  besar dalam ilmu pengetahuan  dan akhlak difahami dan diamalkan dengan bijak dan sederhana." 


Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good


Highlights
Copyright © 2019 Pelita Dhihin (002360866-M). All rights reserved.eCommerce by SiteGiant