Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789672422198 |
Brand | Akademi Jawi Malaysia |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | Out Of Stock |
Qāmūs al-Ḥamīdī: Iaitu Mengandungi Perkataan-perkataan Arab yang Dipinjam dalam Bahasa Melayu - Kulit lembut
Pengarang: Al-Ḥāji ‘Abd al-Ḥamīd bin Aḥmad Melaka al-Rāwī
ISBN: 9789672422198
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Tahun: Mei 2021
Bahasa: Melayu
Muka Surat: xiv + 255
Berat: 500g
Inilah sebuah kitab lughat yang dinamai akan dia Qāmūs al-Ḥamīdī, mengandungi kalimat-kalimat ‘Arab yang dipinjam dalam bahasa Melayu, supaya diketahui akan asal hejaan sesuatu kalimat itu, dan jua kayfiyyat menggunakannya.
Maka sungguhpun kitab ini keadaannya tiada berapa sempurna, tetapi harapan hamba besarlah mudah-mudahan digunakan akan dia pada segenap tempat pelajaran yang berhajat kepadanya.
Telah sedia ma‘lum bahawasanya Bahasa Melayu kita ini tiada terkaya ia daripada meminjam bahasa yang lain, maka dengan inilah menyebabkan bertambah luas bahasa Melayu itu hingga jadi kemanisan pula bahasa yang dipinjam itu jika dituturkan dengan termasuk nahu Melayu.
Oleh yang demikian sepatutnyalah diadakan sebuah kitab daripada lughat-lughat yang dipinjam itu khas bagi bahasa itu sahaja untuk bahasa Melayu—seperti kitab lughat “Qāmūs al-Ḥamīdī” ini—supaya bertambah-tambah luas dan sempurna perjalanan bahasa kita Melayu.