Price | RM40.00 |
Product SKU | 9789674614102 |
Brand | Penerbit USM |
Reward Points | 40 |
Points Needed | 8000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Peribahasa Melayu Pemeri Akal Budi - Kulit Lembut
Penulis: Muhammad Haji Salleh
ISBN: 9789674614102
Penerbit: Penerbit USM
Tahun: 2020
Bahasa: Malay
Muka Surat: 287
Berat: 568g
Peribahasa ialah warisan pemikiran, renungan, nilai serta tindakan dalam kehidupan sesuatu bangsa. Peribahasa Melayu ialah balai besar epistemologi Melayu. Di sana, kita akan menemukan ilmu,pengalaman dan kebijaksanaannya menghadapi kehidupan dalam suatu julat sejarah yang panjang.Membaca peribahasa adalah membaca kehidupan sesuatu bangsa dalam semua ruang lingkupnya.
Himpunan peribahasa dalam buku Peribahasa Melayu: Pemeri Akal Budi ialah sebuah kumpulan yang unik, kerana untuk pertama kalinya terkumpul juga peribahasa dari daerah-daerah selain Semenanjung, iaitu termasuk Maluku, Kalimantan Selatan, Timur dan Barat, Sumatera Utara, Barat dan Timur dan lain-lain lagi di mana penduduk berbahasa Melayu menggunakannya.
Susunan khusus buku ini ingin memberi peluang semantik dan seni kepada pembaca. Oleh sebab itulah, buku ini dibahagikan kepada berbagai-bagai tema, kategori dan bahagian – daripada alam, keluarga, kasih sayang, ekonomi, agama, pendidikan, ilmu pengetahuan, undang-undang, kesihatan, kampung halaman, kerja dan pekerjaan, perasaan, budaya dan persoalan sejagat.