Price | RM50.00 |
Product SKU | 9789679427073 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 50 |
Points Needed | 10000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi - kulit keras
ISBN: 9789679427073
Penerbit: UKM
Tahun: 2005
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 224
Berat: 600g
Setelah sekian lama berkarya, Zurinah diberi peluang menumpahkan seluruh pengalaman hidupnya dalam memoir ini. Beliau telah berkarya selama lebih empat dekad iaitu sejak berusia dua belas tahun. Apa yang telah diperolehnya? Apa sumbangan beliau? Kepada pengarang dari utara ini, pencapaiannya tidak seberapa. Terlalu banyak masa yang dibiarkan tidak terisi. Ada banyak perkara yang dikesali. Banyak pula kesilapan yang telah dilakukannya. Selama ini jiwanya memberontak kerana melihat lelaki lebih beruntung daripada perempuan. Kepada Zurinah, sasterawan wanita sering terbantut perkembangannya. Selepas waktu pejabat, wanita tersepit di celah beban tugas sebagai isteri, suri rumah dan ibu. Kebanyakan suami pantang melihat rumah berselerak, dan pantang pula untuk membantu. Maka Zurinah memilih bersara awal bagi menumpukan perhatian kepada minatnya - menulis, bersajak, berpuisi. Sejak mula berkarya, Zurinah cuba membawa persoalan universal dalam karyanya. Namun, Hadiah Sastera 1984 yang dimenanginya dikecam hebat oleh pengkritik. Karyanya dikatakan basi! Klise! Ini membawa kepada pembubaran panel hakim dan Hadiah Sastera diberhentikan selepas itu. Pengalaman itu kepada Zurinah amat pahit tetapi beliau meneruskan perjalanan hidupnya sebagai penulis dan penyair dan lebih kuat berkarya.