Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789831954140 |
Brand | Karisma Publications |
Reward Points | 25 |
Points Needed | 5000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Konteks Sastera & Budaya Melayu - Kulit Lembut
Pengarang: Maniyamin Ibrahim
Penerbit: Karisma Publications Sdn Bhd
Tahun: 2009
Bahasa: Bahasa Melayu
Halaman: 272
Berat: 390 g
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama berkenaan perihal kesusasteraan (Bab 1). Usaha mengecilkan fungsi bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu terkandung dalam Bab 2, kehilangan cinta sejati kerana keterpesonaan individu terhadap modenisasi hingga tokohnya hilang jiwa dan kejatian diri (Bab 3), konsep seni Melayu yang semakin hilang pengamal dan khalayak (Bab 6), dan kehilangan moral dan keintelektualan dek pengisian kuasa, perut dan bawah perut (Bab 7). Manakala dalam Bab 1, 4, dan 5 adalah berkenaan usaha generasi kedua dan ketiga pascamerdeka bangkit mencitrai diri sebagai pengarang beridealisme. Mereka adalah sekelompok kecil generasi yang mencari akar bangsa yang hilang dalam genggaman bangsanya sendiri.
Dalam bahagian kedua pula berkenaan perihal budaya. Konsep kejadian alam bagi orang Melayu yang dinafikan oleh sesetengah pihak (Bab 1), konsep individu dalam sosiobudaya Melayu yang semakin kecil peranannya (Bab 2), ciri-ciri rumah Melayu yang semakin sukar dicari (Bab 3), sistem nilai Melayu yang semakin bercelaru (Bab 4), keindahan seni Melayu yang kian terpadam (Bab 5), peranan penaung terhadap seni Melayu yang bertukar milik dan mengecil fungsi (Bab 6) dan konsep seni bina masjid yang semakin tidak diketahui oleh generasi (Bab 7). Buku ini berusaha menggali kesarjanaan silam bangsa. Walaupun tidak menyeluruh, namun ia diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan berguna kepada generasi yang mencari akar bangsa.