Price | RM10.00 |
Product SKU | 9789834921897 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 10 |
Points Needed | 2000 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Sejarah Negeri Sembilan - Kulit lembut
Penulis: Buyong Adil
Penerbit: DBP
ISBN: 9789834921897
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Bil. Muka surat: 88
Berat: 130 g
Dalam tahun 1939, iaitu semasa bertugas sebagai guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.
Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan perhatian sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia. Buku Sejarah Negeri Sembilan ini ialah satu daripada karangannya yang menceritakan asal-usul orang Negeri Sembilan, adat-istiadat, salasilah raja, hubungan Minangkabau-Negeri sembilan, pentadbiran British di Negeri Sembilan dan perang saudara di Negeri Sembilan.
Buku-buku lain karangan beliau yang diterbitkan di bawah siri ini ialah Sejarah Perlis, Sejarah Kedah, Sejarah Selangor, Sejarah Melaka, Sejarah Johor, Sejarah Singapura, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu, Sejarah Sabah dan Sejarah Sarawak.