Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789831950890 |
Brand | Karisma Publications |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 3960 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia Tenggara - Kulit Lembut
Penulis: Maruwiah Ahmat
ISBN: 9831950895
Penerbit: Karisma Publication
Tahun: 2006
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka Surat: 212
Berat:
Terdapat pelbagai andaian ahli sejarah tentang sebab-sebab kedatangan atau penjajahan orang Portugis dan Sepanyol ke Asia Tenggara. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan faktor yang menggalakkan kedatangan mereka ialah kerana perdagangan iaitu untuk menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara yang dikuasai oleh orang Islam dari Arab dan Gujerat pada abad ke 14 hingga ke 15 Masihi. Kajian ini cuba menyingkap sejauhmana kebenaran tanggapan bahawa rempah atau faktor ekonomi adalah faktor pendorong bagi Portugis dan Sepanyol untuk menakluk negara-negara di Asia Tenggara. Selain daripada itu kajian ini juga cuba menyanggah pendapat atau penulisan sejarawan tempatan yang mengatakan matlamat kedatangan kedua-dua negara Barat ini bermotif untuk merebut kekayaan material sebagai matlamat utama. Buku ini menjawab persoalan sebab-sebab penjajahan ke atas Asia Tenggara tersebut.