Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM45.00
Angkuh & Prasangka
Price RM45.00
Product SKU 9789672671220
Brand Biblio Press
Reward Points 45
Points Needed 90000
Availability 3
Quantity
Description

Angkuh & Prasangka - Kulit lembut


Penulis: Jane Austen 
Penterjemah: Irni Fazrita Farid
ISBN: 9789672671220
Penerbit: Biblio Press
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Muka surat: 609
Berat: 610 g


"Sejak awal lagi, keangkuhanmu, kesombonganmu dan penghinaan egois kamu terhadap perasaan orang lain, menjadi landasan kebencianku kepadamu. Belum cukup sebulan aku mengenalimu, aku merasakan bahawa kamu lelaki terakhir di dunia yang boleh aku kahwini." - Elizabeth Benneth


Siapa Darcy di mata seorang Lizzy? Lelaki angkuh, sombong, mewah tetapi megah. Meski berpicing mata, Elizabeth tahu Darcy sama sekali tidak mempesona. Elizabeth benci akan cara Darcy memandang dunia sekelilingnya; merendah-rendahkan, bicaranya  meremehkan, sesuai sekali dengan darjatnya sebagai bangsawan. Api kebencian Elizabeth kian marak, apabila mendapat tahu, Darcy pernah melakukan sesuatu perkara yang menurutnya, tidak boleh dimaafkan.

 

Ada sisi lain pada diri Darcy, tetapi Elizabeth mengambil masa yang lama untuk memahami, dan menerima kebaikan yang tersembunyi. Mampukah Elizabeth menebus prasangkanya terhadap keangkuhan Darcy selama ini? Akankah tumbuh cinta yang sia-sia atau sesuatu yang bererti?

 

Dalam Angkuh & Prasangka, Jane Austen menumpahkan citra yang memikat tentang hubungan cinta kaum menengah atas Inggeris pada abad ke-19. Dengan watak yang memukau dan jalan cerita yang mempesona pembaca, tidak hairanlah novel ini kekal relevan sepanjang zaman.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More