Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM20.00
Amaran
Price RM20.00
Product SKU 9789832140214
Brand Taman Pustaka
Reward Points 20
Points Needed 4000
Availability 1
Quantity
Description
Amaran - Kulit lembut 
 
Penulis: A.H.Edrus 
Tahun: 2016
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 190
Berat: 372g
 
Buku ini memaparkan kekhuatiran orang Melayu sebelum merdeka tentang kedudukan mereka sebagai anak watan Tanah Melayu.
 
Melihat perkembangan yang berlaku ketika itu, rentetan usah British menubuhkan Malayan Union, penulis telah mengarang buku ini untuk memberi ingatan dan amaran kepada orang Melayu supaya beringat-ingat dan memberi perhatian serius kepada bahaya yang akan meruntuhkan kedudukan politik dan taraf orang Melayu.
 
Penulis telah mengupas bahaya yang akan dihadapi dan derita  yang akan ditanggung jika orang Melayu menjadi bangsa asing di dalam negerinya sendiri. Orang Melayu hanya ada kuasa politik tetapi tidak ada kuasa ekonomi dan dari segi pelajaran juga jauh ketinggalan berbanding bangsa asing. Tetapi apabila rancangan untuk menukarkan bangsa Melayu kepada bangsa Malayan yang akan memasukkan bangsa lain yang ada di Malaya, akan luputlah hak orang Melayu di dalam negerinya sendiri.
 
Penulis menyarankan orang Melayu bersatu mempertahankan hak dan maruah mereka, 'Jangan menyerahkan kerisnya kepada bangsa asing untuk menikam orang Melayu'.
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More