Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789671600108 |
Brand | Nizamiyyah Publications |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 4 |
Quantity |
|


Allah atau Manusia: Siapakah yang lebih berupaya menjamin hak-hak - Kulit lembut
Pengarang: Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Penterjemah: Abdul Rauf Baharuddin & Ahmad Tarmizi Azahar
Penerbit: Nizamiyyah Publications & Distributors
Tahun: 2018
ISBN: 978-967-16001-0-8
Halaman: 82
Berat: 180g
Isu mengenai hak asasi manusia sering berbangkit apabila terdapat mana-mana pihak yang mengabai dan mencabulinya. Walaupun ia dianggap sebagai isu sejagat yang tidak dibatasi oleh agama dan kepercayaan, tetap sahaja terdapat pemahaman dan pendekatan yang berbeza antara Islam dengan pemikiran Barat dalam persoalan ini yang seterusnya menatijahkan penyelesaian yang berbeza pula.
Buku ini menyentuh pelbagai isu utama yang memperlihatkan bahawa Islam sejak awal lagi telah mengangkat kedaulatan dan martabat manusia dalam segenap aspek. Dimensi keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam Islam ketika Syariat Islam dijunjung tinggi ditonjolkan di samping perbandingan sepintas lalu dengan rekod pencapaian tamadun moden Barat dalam perkara-perkara yang sama.
Di sini kita dapat lihat kepakaran al-Shahid Dr Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti rahimahullah dalam bidang Syariah Islam dan perbandingannya dengan sistem-sistem buatan manusia. Dalam helaian-helaian yang terbatas ini, kita dipaparkan bagaimana Syariat Islam khususnya dalam bidang Siasah Syar’iah, Muamalat dan Akidah memelihara dan menjamin aspek-aspek yang diambil berat oleh orang-orang zaman sekarang seperti perundangan, ekonomi, politik dan sosial yang berkaitan dengan hak-hak yang dinikmati oleh manusia seluruhnya.