Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM72.00
Al-Raniyriy Tentang Asal Mula dan Tabii Segala
Price RM72.00
Product SKU 9789674882488
Brand Penerbit UM
Size (L x W x H) 30 cm x 25 cm x 2 cm
Reward Points 72
Points Needed 14400
Availability 5
Quantity
Description

Al-Raniyriy Tentang Asal Mula dan Tabii Segala - Kulit lembut


Pengarang: Shaharir Mohamad Zain
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
ISBN: 9789674882488
Tahun: Mac 2023
Bahasa: B. Melayu
Muka Surat: xiv, 334
Berat: 540g


Buku ini bertujuan menghakiskan sedikit-sebanyaknya pandangan/ kepercayaan bahawasanya bahasa Melayu tidak pernah mengandungi sains. Manuskrip yang dibicarakan mengandungi sains biologi dan sains fizik (termasuk astronomi, kosmologi, kosmogoni dan kosmogenesis) dan ditulis dalam pertengahan separuh pertama abad ke-17 M.

 

Buku ditujukan kepada para guru dan pensyarah sains (terutamanya biologi dan fizik), pengajian Melayu dan orang awam amnya terutamanya peminat sejarah tamadun Malayonesia berbahasa Melayu.

 

Istimewanya buku ini ialah buat pertama kalinya pembaca berpeluang mentelaah, menikmati atau menyaksi sendiri dengan konkrit dan eksplisitnya akan tahap bahasa Melayu abad ke-17 sebagai bahasa sains dan sains yang dibicarakan sebahagiannya mendahului yang dibicarakan di Eropah kemudiannya.

 

Malah ada unsur sainsnya yang berpotensi dikontemporerkan. Lebih istimewa lagi kerana sarjana yang membicarakan sains biologi dan fizik ini ialah bukan seorang yang ber-ADN/DNA Melayu tetapi seorang sarjana- ulama yang berasal dari Gujerat, India dan berhijrah ke Aceh dan Pahang hanya untuk sekitar 10 tahun sahaja. Kebolehannya berkarya dalam Bahasa Melayu membuktikan bahasa Melayu bertaraf bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu pada abad ke-17 M.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More