Price | RM26.00 |
Product SKU | 9789671810026 |
Brand | Hawzah Books |
Size (L x W x H) | 35 cm x 30 cm x 1 cm |
Reward Points | 26 |
Points Needed | 5200 |
Availability | Out Of Stock |
Perumpamaan dan Perbandingan Dalam Al-Quran - Kulit Lembut
Pengarang: Ibn Al-Qayyim
Penterjemah: Marwan Bukhari A. Hamid
Penerbit: Hawzah Book Enterprise
ISBN: 9789671810026
Tahun: 2021
Bil. Muka surat: 120
Berat: 208 g
Selain mengandungi ayat-ayat mengenai Tuhan, Hari Akhirat, hukum-hakam dan kisah golongan terdahulu, al-Quran juga mengandungi pelbagai ayat berkaitan perumpamaan dan perbandingan. Perumpamaan dan perbandingan, ataupun disebut sebagai al-amthal diturunkan untuk memudahkan kefahaman manusia terhadap pelbagai isu yang diangkat oleh al-Quran kepada manusia. Ini merupakan salah satu keistimewaan al-Quran yang mengandungi pelbagai uslub dalam berbicara kepada manusia agar mereka mengerti mesej dan pengajaran, serta mengamalkannya dalam kehidupan.
Banyak kebijaksanaan, rahsia dan keindahan yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran perihal perbandingan dan perumpamaan diperoleh menerusi tadabbur dan tafsir oleh Ibn al-Qayyim ini. Mudah-mudahan, buku ini membantu kita untuk termasuk dalam kalangan orang yang dipuji Allah dalam Surah Al-'Ankabut: 43 "Misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang yang berilmu yang dapat memahaminya."