Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789672485063 |
Brand | Rihla Media |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Al-Mukhtaṣar Al-Dhakī: Fī ʿilm Al-Manṭiqi li Al-Akhḍarī (Peta Minda Ilmu Mantiq) - Kulit lembut
Pengarang: Abdullah al-Yusri dan Rizky Febrian
ISBN: 9789672485063
Penerbit: Rihla Media
Tahun: 2021
Bahasa: Arab
Mukasurat: v + 51
Berat: 138 g
Ilmu Mantiq atau Logik adalah alat (ālah) atau aturan kaedah (qānūn) yang dapat menjaga seseorang daripada kesalahan berfikir (al-khaṭa’ fī al-fikr), sepertimana Nahwu yang dapat menjaga lisan seseorang daripada sebarang kesilapan berbahasa. Tujuan mantiq adalah untuk membahas hal ehwal tentang persoalan dengan syarat-syarat, dan jika syarat-syarat tersebut itu dapat dipenuhi, maka kebenaran sesuatu dapat dikenali secara rasional.
Di dalam tradisi keilmuan Islam, Kitab “Sullam al-Munawraq” karya Imām al-Akhḍarī merupakan di antara karya asas ilmu Mantiq yang paling terkenal, sehingga pelbagai syarahan telah banyak dihasilkan sepanjang zaman. Kitab “al-Mukhtasar al-Dhaki” ini merupakan sebuah risalah yang meringkaskan pembahasan utama di dalam kitab “Sullam” tersebut. Dengan penjelasan yang ringkas dan jelas, karya ini mampu merangkumkan perbincangan utama di dalam ilmu Mantiq. Kelebihan utama karya ini terletak pada penyampaian penjelasan dengan Peta Minda yang unik, sehingga dapat memudahkan para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin memahami asas-asas ilmu Mantiq.