Price | RM20.00 |
Product SKU | product-1544429812587 |
Brand | Baytul Hikma |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 6 |
Quantity |
|
Al-Masalik wa al-Mamalik - Kulit lembut
Pengarang: Abu Ubaid al-Bakri
Penterjemah: Arsyad Mokhtar
ISBN:
Penerbit: Baytul Hikma
Tahun: 2018
Bahasa: Bahasa Malaysia
Muka Surat: 55
Berat: 126g
Sesuai dengan maksud tajuknya iaitu Al Masalik wal Mamalik atau Laluan-laluan dan Kerajaan-kerajaan, maka kitab ini banyak menerangkan mengenai laluan antara satu tempat ke satu tempat, terutamanya dalam kerajaan Abbasiyyah, laluan pos dan laluan perdagangan. Selain itu pengarang turut menyentuh berkaitan geografi, sejarah dan keajaiban binaan-binaan. Pengarang juga turut menyebut rangkap-rangkap pendek syair apabila melalui penyebutan beberapa nama tempat. Ini adalah kebiasaan para pengarang zaman tersebut seperti juga dapat kita jumpai dalam karangan silam masyarakat Melayu contohnya yang dihiasi pantun-pantun. Kitab ini juga menerangkan tentang negara-negara bawah angin pada abad ke 10 Masihi termasuklah Alam Melayu.