Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM55.00
Panduan Bangsa: Mengandungi Akhlaq, Adab, Pergaulan dan Lain-lain
Price RM55.00
Product SKU 9789672422259
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 55
Points Needed 11000
Availability 2
Quantity
Description

Panduan Bangsa: Mengandungi Akhlaq, Adab, Pergaulan dan Lain-lain - Kulit Lembut


Pengarang: Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi
ISBN: 9789672422259
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Tahun: 2021
Bil Muka surat: 388
Berat: 724 g
 

Sebuah karangan Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī (1904-1993) yang diterbitkan pada 1946, sewaqtu orang-orang Melayu melalui tempoh penuh gelora dan ujian manakala semangat kebangsaan dan kemerdekaan sedang berada dikemuncak. Kitāb ini dimulakan dengan tiga buah taqrīz (puji-pujian) yang dikarang oleh Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim, Tunku Abdul Rahman Putra al-Ḥāj dan Tuan Guru Ḥāji Ḥusayn bin Ḥāji Ismā‘īl. Terkandung di dalamnya 45 bāb ya‘nī 45 panduan dalam kehidupan berkenaan akhlaq, adab, pergaulan, budi perangai dan sebagainya yang menjadi ciri penting sebuah bangsa dan tanah air yang merdeka dan berdaulat. Semoga panduan ini menjadi suluhan dalam mengubati penyakit-penyakit bangsa dan jalan-jalan membaikinya. 

 

Maka inilah beberapa perkataan yang dikumpul dan dipungut untuk menjadi bacaan bangsa, dan sebagai menambah buku-buku pengetahuan bahasa Melayu yang telah sedia ada, istimewa keẓāhirannya buku yang seumpama ini di dalam masa yang bergelora dan penuh dengan berbagai-bagai fitnah serta ujian-ujian yang menimpa ke atas qawm, dan tanah air kita.

 

Maka jadilah ia sebagai suluhan bangsa yang boleh tampak di mana segi-segi dan rukun-rukun yang boleh diberikan ketapakan bangsa, juga diterangkan secara ringkas di dalam buku ini bagaimana, dan apa rupa, dan sikap yang dikehendaki yang wājib tersusun pada diri bangsa kita—(pergaulan dan budi perangai)—juga diterangkan jalan-jalan mengubati penyakit-penyakit bangsa dan jalan-jalan membaikinya—(agama dan dunyā).

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More