Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM100.00
Majalah Qalam, bil. 90: Memilih Pemimpin dan Ketua
Price RM100.00
Product SKU 978-967-0627-56-4
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 100
Points Needed 20000
Availability Out Of Stock
Description

Seruan Majalah Qalam dalam mengisi kemerdekaan Tanah Melayu dengan sewajarnya telah ditekankan melalui karangan-karangan yang penting dan bermanfaat. Menerusi isu yang ke-90 ini, tulisan Tuan Muhammad Ali al-Hamidi yang mengupas tentang Bagaimana Caranya Memilih Pemimpin dan Ketua Pemerintahan adalah sangat penting kerana penerangannya merangkumi hak rakyat untuk memilih ketua pemerintahan dengan bebas dan merdeka menurut panduan syarak. Selanjutnya, Soal-Jawab Dalam Majlis Ceramah Kebudayaan bersama Tuan Sutan Takdr Alisjahbana, seorang ilmuwan terkemuka Indonesia perihal falsafah dan kebudayaan – menampilkan pelbagai soalan yang dijawab dengan bijaksana oleh Sutan Takdir. Antaranya (1) Bolehkah kebudayaan tiga bangsa besar di Tanah Melayu dilebur menjadi satu dan (2) Bagaimanakah caranya menghapuskan kebudayaan asing di Tanah Melayu? dan pelbagai soalan lain. Ruangan tetap Medan Bahasa yang bertajuk Menebalkan Kepercayaan Terhadap Bahasa Melayu menghuraikan petunjuk kepada krisis kepercayaan ini dan menekankan sifat keutamaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peribadi dan latar belakang perjuangan Sayyid Shaykh al-Hadi dalam penulisan diperincikan dalam isu ini. Di samping itu, ucapan Pak Natsir tentang Umat Islam Indonesia dan Negara Islam dinukilkan dan antara intipatinya adalah perbahasan tentang konsep negara sebagai institusi dan dasar-dasar yang sewajarnya dalam mentadbir sesebuah negara. Kesimpulannya, persoalan-persoalan mengenai kepimpinan dan kebudayaan tanah air dapat ditemukan jawapannya dengan membaca lanjut karangan-karangan yang dimuatkan dalam edisi ini.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More