Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM100.00
Majalah Qalam, bil. 88: Pendidikan Bangsa Melayu
Price RM100.00
Product SKU 978-967-0627-54-0
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 100
Points Needed 20000
Availability Out Of Stock
Description

Qalam pada kali ini menumpukan isu pendidikan bangsa Melayu sebagai persediaan kepada kongres kebudayaan yang akan dijalankan pada tahun hadapannya. Karangan bertajuk Falsafah dan Kebudayaan Pendidikan Melayu membahaskan tentang kebijaksanaan tradisi bangsa Melayu dalam mendidik anak-anak melalui pelbagai wasilah seperti penceritaan hikayat, pantang larang dan sebagainya. Selain itu, kolum kebudayaan memuatkan Pandangan Islam Terhadap Kesenian; dari aspek pendefinisian dan pengkelasan, perkaitan seni dan aqal serta hukum seni dalam Islam. Menerusi kolum tetap Alam Wanita, kaum wanita diingatkan tentang falsafah dan tujuan disebalik pemberian mahar dan mas kahwin. Dalam kolum Orang Islam yang Terkemuka, tokoh Maulana Malik Ibrahim dan sejarah perjuangannya mengIslamkan Raja Majapahit dan Tanah Jawa ditulis untuk dijadikan iktibar kepada kita. Memandangkan Tanah Melayu baharu saja mencapai kemerdekaannya, penggunaan bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan perlu digantikan dengan penggunaan Bahasa Melayu. Hal ini dikupas dalam karangan yang bertajuk Cara-cara Melaksanakan Penggunaan Bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan dalam ruangan Medan Bahasa pada kali ini. Pendek kata, maklumat-maklumat yang boleh didapatkan menerusi edisi kali ini merangkumi pelbagai aspek yang bersifat dasar; yakni pendidikan, budaya, bahasa, dan agama. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More